Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Jika ‘Perang’ Belum Berakhir, Azwan, Sharnaaz Diminta Karyawan



Rasanya semua pemerhati industri hiburan tempatan sudah mengetahui ‘perbalahan’ di antara selebriti Azwan Ali dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad.

Kontroversi di antara mereka mula tercetus selepas Sharnaaz berkongsi gambar Azwan yang sempat berselfie ketika di hari perkabungan negara, minggu lalu.

Sharnaaz mempersoalkan tindakan Azwan yang masih lagi berselfie tanpa mengira sensitiviti dan kesesuaian tempat dan acara terbabit.

Dan seperti yang kita tahu, Azwan merupakan seorang selebriti yang boleh tahan laser juga mulutnya, terus membidas kritikan itu dengan mengatakan dia tidak mengenali Sharnaaz dan menyelitkan sedikit kata-kata sinis terhadap aktor kelahiran Pulau Pinang itu.

Enggan memanjangkan cerita, Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez dikatakan mungkin akan memanggil kedua-dua artis itu bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Menerusi laporan Sinar Harian, Freddie mengatakan ada betulnya tindakan Sharnaaz yang menegur Azwan kerana baginya untuk menangkap gambar selfie, kita perlulah melihat tika, waktu dan tempat untuk mengambil gambar sedemikian.

“Untuk aktiviti ringan dan hiburan, bolehlah nak selfie. Kita haruslah menghormati suasana pilu di hari perkabungan tersebut walau dengan macam mana riak muka sekalipun, ia tetap tidak sesuai.

“Apa yang ditegur Sharnaaz itu ada betulnya dan saya berharap Azwan Ali akan lebih sensitif selepas ini. Saya harap, ia akan berakhir di Twitter sahaja. Lagipun, masing-masing sudah mengeluarkan ‘paku buah keras’ masing-masing. Cukup-cukuplah itu… Kalau mereka masih meneruskan perang ini, kami akan memanggil dan cuba menyelesaikannya,” katanya.

Semoga mereka menyahut saranan Karyawan ini agar masing-masing dapat bermuhasabah diri dan tidak terlibat lagi dengan kontroversi dengan mana-mana rakan artis. 
sumber–MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk " Jika ‘Perang’ Belum Berakhir, Azwan, Sharnaaz Diminta Karyawan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info