"Saya rasa itu mengarut!" Itu ungkapan yang keluar dari mulut pelakon serta pelawak popular, Johan saat diajukan mengenai tuduhan kononnya dia meminta bayaran jika ada pihak media yang mahu menemubualnya.
"Takkan lah mahu temubual pun nak bayar. Saya tak rasa macam itu, melainkan kalau saya ini Russell Peter (pelawak antarabangsa), jadi mungkin kena bayarlah. Apa yang boleh saya katakan, orang macam saya ini mungkin banyak disalah ertikan apabila saya jawab secara spontan.
Bagi saya, kadang-kadang jawapan saya itu bergantung dengan persekitaran dan tempat juga. Apapun, saya memang tak minta bayaran seperti yang didakwa," ujar Johan ketika ditemui pada majlis tayangan media filem 'Ribbit' di TGV One Utama.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Johan Jawab Isu Minta Bayaran Jika Mahu Di Temubual"