Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Lelaki Melayu Mengaku Murtad di Twitter

Heboh juga semalam bila seorang lelaki melayu bernama Faiz Syahmi mengaku dan mengisytiharkan dirinya murtad dilaman Twitter miliknya.

Orkid Anggerik, @phleumic atau nama sebenar, M. Faiz Syahmi mengisytiharkan dirinya telah murtad. Namun, dalam pada itu dia masih mengakui dan percaya yang Tuhan itu wujud.

Faiz dilaporkan telah memilih nama Yuen Zhou sebagai nama barunya. Namun, bimbang dimarahi oleh kaum cina, maka dia menukar kepada nama lain. Faiz mengaku, semasa dirinya masih islam, dia juga adalah seorang pendakwah dan pendekar islam.- Pendekar la sangat...kekeke

Ramai yang cuba menasihati lelaki ini tetapi dia membalas nasihat itu dengan hujah dan pendapatnya bagi mempertahankan pendiriannya.

Menurut Faiz, Islam tiada lagi fungsinya di dunia ini. Selain itu, Faiz juga menjelaskan dia tidak berbangga beragama Islam. Bukannya dia tidak mahu ikut, tetapi hanya kerana rasa Islam tiada fungsi didunia dan malas hendak mempercayai agama islam lagi.

Dalam masa yang sama, Faiz masih belum memberitahu keluarganya mengenai status murtadnya itu dan dia menjangkakan perkara ini akan menjadi viral di media sosial dan media cetak tidak lama lagi.

#Nampaknya kalau hukuman Islam dijalankan...sah-sah dah tinggai nama je mamat nih. 
sumber: kezoom
0 Komentar untuk "Lelaki Melayu Mengaku Murtad di Twitter"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info