Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Melly Goeslow Tekad Untuk Berhijrah & Berhijab


Kebelakangan ini, Murai Batu lihat, satu-demi satu selebriti wanita Malaysia kita telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan berhijab pada bulan ramadan. Antaranya ialah Neelofa, Ana Dahlia serta Ziana Zain.

Dan, biarpun ada segelintir pihak telah mempertikaikan keputusan yang diambil mereka itu, namun tidak kurang juga yang menyokong, malah rata-rata menyuarakan rasa gembira melihat perubahan yang dibuat oleh mereka itu.

Murai Batu pun tumpang gembira juga. Yelah, sesuatu perubahan yang baik itu, memang harus dan wajar kita sokong dan kita galakkan.

Sama ada ianya dilakukan secara ikhlas atau tidak, persoalan itu harus diketepikan kerana adakalanya, kita harus tekad melakukan sesuatu itu biarpun ada rasa sangsi yang menguasai diri.

Bercakap pasal isu selebriti wanita berhijab ini, Murai Batu perhatikan selebriti wanita di Indonesia juga nampaknya turut mempunyai keinginan yang sama. Salah seorang daripada ialah Melly Goeslow.

Malah, apa yang Murai Batu diberitahu komposer serta penulis lirik terkemuka ini secara diam-diam telah mula berhijrah dan berhijab sejak beberapa hari yang lalu. Tidak pasti apa yang membuatkan Melly Goeslow mula berhijrah serta berhijab, namun Murai Batu percaya ianya mempunyai kaitan dengan hikmah lebaran.
sumber:murai.com.
0 Komentar untuk "Melly Goeslow Tekad Untuk Berhijrah & Berhijab"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info