Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Penangan Drama: Peminat Suruh Zul, Ayda Kahwin Segera?


Hai, tak habis-habis lagi cerita pasal pelakon Rindu Awak 200 Peratus ni..

Jika semalam, Zul Ariffin mendakwa dirinya menerima SMS berbaur ugutan daripada individu yang tidak dikenali, menyatakan mahu membunuh kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai, hari inipula heroin drama tersebut, Ayda Jebat mengatakan ada peminat yang mengirim emel kepadanya menyarankan agar Ayda dan Zul cepat-cepat kahwin dalam dunia realiti!

Memang penangan drama sungguh!

Ketika menceritakan perkara tersebut, Aida berkata kepada Rotikaya, “saya mendapat beberapa emel daripada peminat yang menyuruh saya untuk berkahwin dengan Zul Ariffin secara realitinya. Mereka semua terlalu fanatik dan saya tahu keserasian yang kami ada dalam drama tersebut membuatkan drama itu benar-benar terjadi”.

Reaksi aktres comel ini ketika menerima emel tersebut ialah dia hanya mampu ketawa besar melihat kandungan emel peminat tersebut yang disifatkannya sebagai sesuatu yang lucu.

Dalam pada itu, Ayda juga berkata dia mengetahui Zul seorang yang sudah berpunya dan mereka sangat profesional ketika melakonkan watak masing-masing mengikut tuntutan pengarah drama terbabit.

Harapnya peminat tidaklah terlalu fanatik sehingga mahu mengatur kehidupan realiti pelakon-pelakon tu pula.

Mungkin keserasian itu hanya terjadi dalam drama, kat luar mereka sebenarnya biasa-biasa sahaja berkawan.

Kalau penonton rasa chemistry di antara mereka sangat kuat, maknanya memang berjayalah watak yang dibawakan Zul dan Ayda dalam drama tu! 
sumber– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Penangan Drama: Peminat Suruh Zul, Ayda Kahwin Segera?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info