Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pengakuan Johan As'ari Tentang Hubungan Terkini Dengan Shila Amzah

Biarpun sudah tidak berhubung dengan Shila namun Johan As'ari akui sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaannya yang sedang mencipta nama di China.

"Saya jujur dengan hati dan diri saya dan tiada sebarang niat tertentu apabila memuat naik gambar berkenaan apatah lagi cuba memikat hatinya kembali dan ia sekadar ingatan saya kepada Shila,"

"Shila adalah seorang wanita yang baik dan saya mengenali dirinya dia seorang yang suka membantu dan pemaaf.

"Saya yakin dia telah melupakan segala yang berlaku sebelum ini biarpun kami sudah lama tidak bersua muka," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, dia terharu dengan sikap Shila yang sanggup meluangkan masa menziarahi ibunya, Datin Firdaus Abdul Kadir di hospital baru-baru ini biarpun jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti.

"Saya terharu dia dan keluarganya sudi ziarah ibu saya ketika di hospital dan jelas menunjukkan dia sangat mengambil berat dan tidak mudah memutuskan silaturahim biarpun ada salah faham sebelum ini," katanya. 
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Pengakuan Johan As'ari Tentang Hubungan Terkini Dengan Shila Amzah"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info