Remaja Disyaki Bunuh Ibu Ketawa Dan Senyum Ketika Siasatan
SUSULAN penemuan mayat pelancong wanita warga Amerika Syarikat dalam beg pakaian di pulau peranginan terkenal Bali, Indonesia beberapa hari lalu, anak perempuan serta teman lelaki gadis itu kini ditahan untuk siasatan.
Namun, mengejutkan apabila Heather Mack, 19, ketawa dan tersenyum ketika disoal-siasat pihak polis, memetik laporan 9news.com.
Dia dan kekasihnya, Tommy Schaefer, 21, juga enggan memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat di Nusa Dua, Bali iaitu tempat di mana kedua-duanya ditahan.
Mereka disyaki terlibat dalam pembunuhan Sheila von Wiese-Mack, 62, yang ditemui dengan kesan luka di kepala, dipercayai diserang.
Laporan turut menyebut, Heather dan Sheila kerap bermasalah kerana sikap remaja itu yang sering berubah-ubah.
Dia dikatakan boleh menjadi seorang yang lemah-lembut pada satu-satu masa, namun berubah menjadi kejam dalam masa yang singkat.
Setakat ini, peguam Heather, Michael Elkin menjelaskan remaja itu belum disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah, namun perlu ditahan untuk siasatan.
sumber: MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Remaja Disyaki Bunuh Ibu Ketawa Dan Senyum Ketika Siasatan"