Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Rozita Che Wan Mahu Tempah Baju Bersalin Daripada Pereka?


KALAU sebut nama Rozita Che Wan atau Che Ta, pasti anda sudah membayangkan keanggunan pelakon itu setiap kali wajahnya terpampang di media cetak mahupunelektronik.

Malah di akaun sosialnya sekalipun, jarang sekali dia dilihat berpenampilan selekeh ataupun terlalu ringkas.

Justeru, tidak hairanlah jika Che Ta sanggup menempah pakaian bersalin daripada perekalantaran bayi yang bakal dilahirkannya nanti sudah mendapat hak penyiaran eksklusif Astro.

Perkara itu dinyatakannya secara berseloroh menerusi laporan Media Hiburan.

“Terfikir juga nak tempah baju dengan pereka. Kebetulan akan dirakam, jadi perlu nampak menarik,” guraunya.

Apapun, sama ada ia benar-benar gurauan atau tidak, kami yakin Che Ta akan tetap dilihat bergaya pada hari kelahiran bayinya nanti.

Yalah, tak boleh bayang pula kalau Che Ta hanya memakai T-shirt dan kain batik. Tak glamorlah kan?

Cuma kami tak pasti adakah dia akan tetap mengenakan bulu mata palsu pada hari tersebut ataupun tidak…
sumber MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Rozita Che Wan Mahu Tempah Baju Bersalin Daripada Pereka?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info