Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Sharnaaz Kritik Gambar Selfie Azwan Ali Ketika Hari Perkabungan


Semalam tepat jam10.54 pagi, semua rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa telah bertafakur seminit secara serentak di seluruh negara.

Ini bagi menghormati istiadat kepulangan 20 jenazah mangsa nahas MH17 yang telah ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.

Di saat orang ramai bertafakur, ada juga individu yang sempat mengambil gambar secara selfie suasana tersebut termasuklah selebriti popular, Azwan Ali.

Mungkin niat Azwan sekadar mahu berkongsi gambar tersebut kepada pengikutnya di laman sosial, namun tak semua bersetuju dengan perbuatan selebriti tersebut.

Antaranya aktor Sharnaaz Ahmad yang mengkritik tindakan Azwan yang sempat bermonopod di kala waktu bertafakur dijalankan.

Antara bait-bait kata ‘pedas’ yang ditujukan buat Azwan adalah, “aku tak perlu cakap banyak untuk orang macam ni.. Doa yang baik-baik sudah.. Jangan sampai orang kapan dia nanti dengan monopod sekali..Peringatan pada pe-yelfie dan pe-wefi. Shame on you orang”.

Memang berani sungguh Sharnaaz ‘carut’ Diva AA yang terkenal dengan perkataan trademark‘why bother, why bother, why bother’ ni kan! – MYNEWSHUB.MY


sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Sharnaaz Kritik Gambar Selfie Azwan Ali Ketika Hari Perkabungan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info