Melly Goeslow bukan sahaja dikenali kerana lagu-lagu ciptaannya yang tidak pernah gagal memikat telinga pendengar tetapi juga citarasa fesyennya yang agak ganjil dan eksentrik.
Bagaimana pun selepas mengambil keputusan untuk berhijab sejak Jun lalu, disangkakan Melly akan lebih berpada-pada dalam berfesyen namun sangkaan itu nyata meleset.
Tanpa menghiraukan komen orang, Melly tampil dengan aneka tudung ganjil termasuk berzip dan ala cendawan.
Apabila ditanya Melly menyatakan berhijrah memakai tudung tidak bermakna ia harus menyekat kreativiti sebaliknya apa yang penting adalah menutup aurat.
Hm, apa sajalah Melly. Yang penting tindakannya menutup aurat harus dipuji dan diharapkan menjadi contoh kepada artis wanita popular lain.
sumber: - MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Tudung Ala Cendawan Melly Goeslow.. Anda Berani Cuba?"