Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

VIDEO: Guru Wanita Diserang Singa Di Kandang Sarkas


KEGEMBIRAAN sekumpulan pelajar menonton persembahan singa di sebuah sarkas di Cusco,Peru hampir bertukar menjadi tragedi apabila haiwan itu bertindak menyerang salah seorangguru mereka.

Menerusi rakaman video, guru wanita itu pada mulanya diminta oleh penjinak singa untuk masuk ke dalam kandang bagi membuktikan yang haiwan itu tidak berbahaya.

Secara tiba-tiba, singa itu menerkam dan mengheret guru tersebut dengan giginya.

Penonton yang ketakutan terus menjerit melihat kejadian itu dan penjinak singa bertindak memukul haiwan itu bertalu-tali dengan kayu.

Mungkin kerana sakit, singa tersebut akhirnya melepaskan guru tersebut.

Mujurlah dia tidak mengalami kecederaan parah dan kini sedang dirawat di hospital.
 
sumber:MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "VIDEO: Guru Wanita Diserang Singa Di Kandang Sarkas"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info