Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Alif Sattar Tanya Tomokk Skll Pengalaman Berkahwin Dengan Wanit Berusia


Penyanyi Alif Satar ada meminta pandangan dan nasihat daripada penyanyi Tomok dalam usahanya untuk mengahwini kekasih yang enam tahun lebih tua daripadanya iaitu Shadila, 30.

Alif, 24, berkata, dia sudah bersedia untuk bergelar suami dan seterusnya berada dalam dunia rumah tangga yang lebih mencabar walaupun usianya masih muda.
"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan diizinkan tahun depan saya akan mendirikan rumah tangga.

"Saya ada bertanya dan minta nasihat daripada Tomok tentang kehidupan selepas berkahwin pada usia muda terutamanya dengan isteri yang lebih berusia kerana Tomok telah melalui pengalaman berkahwin dengan wanita yang lima tahun lebih tua," katanya.

Tambah Alif, keluarganya turut merestui untuk dia menamatkan zaman bujang pada usia muda.

Tomok

Biarpun enam tahun perbezaan usia, Alif menganggap ia bukan satu masalah dan halangan dalam mencapai persefahaman.

“Saya tidak merasakan perbezaan usia tersebut. Jarak usia bukanlah penghalang dalam sesuatu hubungan tetapi persefahaman itu yang penting untuk memastikan hubungan cinta akan kekal,” katanya

Sementara itu, bercakap soal kerjaya, Alif yang mengendalikan program realiti kanak-kanak Idola Kecil 6 ini mengakui bidang pengacaraan menjadi pilihan keduanya selepas nyanyian.

"Saya sudah lima musim mengendalikan rancangan ini dan Alhamdulillah saya semakin selesa dengan bidang pengacaraan.

sumber:http://kandeblue.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Alif Sattar Tanya Tomokk Skll Pengalaman Berkahwin Dengan Wanit Berusia"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info