Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Eina Azman Terima Wang Hantaran RM77,000, Chevrolet Camaro


BERTEMAKAN Bollywood, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina, 19 tahun telah pun selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, di HotelGrand Hyatt kira-kira jam 9.03 malam.

Lafaz nikah telah dilakukan sebanyak 2 kali dengan bapa Eina sendiri yang telah menikahkan pasangan ini.

Eina dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan Bollywood mereka.

Menariknya Eina Azman bukan sahaja menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 tetapi turut sama menerima sebuah kereta Chevrolet Camaroberwarna kuning sebagai salah satu hantarannya.

Untuk makluman, pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalas 9 dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Tahniah diucapkan kepada Eina Azman yang kini telah pun memegang gelaran Datin Paduka susulanperkahwinan ini. 
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Eina Azman Terima Wang Hantaran RM77,000, Chevrolet Camaro"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info