Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

EKSKLUSIF : Ratu Elizabeth II Ucap Terima Kasih Hadiah Dari Zul Mohd


Surat dan persembahan hadiah dari pereka kasut Malaysia Zul Mohd dengan jenama Emmett kepada Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham di London telah pun diterima oleh pihak ratu.

Dalam Facebook beliau hari ini, Zul menyuarakan rasa terima kasihnya kepada Ratu Elizabeth II kerana menerima maklumbalas daripada baginda untuk surat bertarikh 11 Julai daripada beliau itu.

Menurut gambar petikan surat yang dimuatnaik Zul di Facebooknya, pihak istana dititahkan oleh baginda ratu untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Zul atas persembahan hadiah beg tangan (klac) dan juga sepasang kasut buatan tangan khas oleh Emmett.

Zul berkata kepada Mynewshub.my, bahawa pihak Istana Buckingham memaklumkan untuk menjadikan hadiahnya sebagai sebahagian daripada program amal Istana Buckingham.

“Pihak kami setuju untuk menyertai program amal Istana Buckingham berkenaan, suratbalas kepada baginda Ratu Elizabeth II akan disiapkan secepat mungkin, saya baru menerima surat dari pihak Istana sebentar tadi,” katanya kepada Mynewshub.my

Zul dengan jenama Emmett pada satu temubual eksklusif dengan Mynewshub.my pada 13 Jun lepas memaklumkan akan mempersembahkan hadiah berupa sepasang kasut dan satu beg tangan (klac).

Selain hadiah istimewa untuk Ratu Elizabeth II, pihak Emmett juga mempersembahkan hadiah kepada Duchess Of Cambridge; Kate Middleton yang juga isteri kepada Duch of Cambridge Putera William anak kepada pewaris takhta Britain, Putera Charles.

“Terima kasih kepada Tuanku Ratu Elizabeth II, saya berasa terhormat dan berbangga menerima maklumbalas dari pihak tuanku berkenaan hadiah istimewa saya,” katanya di laman Facebooknya. 
sumber– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "EKSKLUSIF : Ratu Elizabeth II Ucap Terima Kasih Hadiah Dari Zul Mohd"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info