Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Gambar Azhan Rani Persis Allahyarham AR Tompel


JIKA sesiapa yang dah melanggan biopic Biduanita Negara Allahyarham Saloma yang ditayangkan di saluran Astro First Exclusive, pastinya berasa terhibur apabila sedikit sebanyak dapat mengetahui kisah hidup sebenar Saloma yang selama ini tidak pernah diceritakan kepada umum.

Filem hebat ini menampilkan barisan pelakon berbakat dan popular antaranya Nabila Huda (Saloma), Sazzy Falak (Mariani), Azhan Rani (AR Tompel), Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee), Sharifah Amani (Siput Sarawak) dan Hasnol Rahmat (bapa tiri Saloma).

Apa yang menariknya menerusi filem ini ialah watak Allahyarham AR Tompel yang dilakon oleh Azhan Rani.

Azhan perlu memakai gigi palsu demi menghidupkan wataknya sebagai Seniman Allahyarham AR Tompel.


Pada mulanya, Azhan mengakui dia agak terbeban untuk melakonkan watak seniman tersebut kerana ianya bukan merupakan satu watak biasa sebaliknya satu watak legenda.

“Mulanya saya rasa terbeban kerana terpaksa membawa watak yagn saya tidak pernah bawa, watak yang nyata, watak yang pernah ada dan ia bukan watak orang biasa sebaliknya watak legenda.

“Saya perlu hati-hati membawa watak itu supaya tetap dipandang sebagai legenda. Legenda adalah watak itu, bukan diri saya.

“Selesai disolek lengkap bergigi palsu, saya terkejut melihat diri saya sendiri di depan cermin kerana saya nampak AR Tompel di dalam diri saya.

“Gara-gara gigi palsu yang dipakai itu juga, ia menyukarkan saya untuk bercakap dan menyebabkan suara saya bertukar,” katanya memetik portal Murai.

Ramai tahu Azhan merupakan salah seorang daripada pelakon yang sangat berbakat tetapi sehingga kini namanya tidak ‘meletup’ dalam bidang hiburan tempatan.

Diharapkan menerusi filem biopik Saloma arahan Melissa Saila ini dapat membuka mata lebih ramai produser dan pengarah untuk menyunting Azhan agar bintangnya dalam bidang ini akan terus bersinar dan bergemerlapan. 
sumber: – MYNEWSHUB
0 Komentar untuk "Gambar Azhan Rani Persis Allahyarham AR Tompel"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info