Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Erin Malik Tunjuk Gedik Depan Peminat?

Ni satu lagi kes...kisah retis kali ni nama Erin Malek yang naik yang kisahnya tergedik-gedik sangat depan peminat dan orang ramai tak kira tua muda. Baca seterusnya kisah yang diturunkan Cik Pang dibawah ini.

Kisahnya bermula bila Erin Malek dan pasangan­nya dilihat pada Matta Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung minggu lalu.

Apa yang menarik perhatian teman Cik Pang hingga bulat biji mata melihat Erin dan tunangannya yang tersa­ngatlah romantisnya hingga sampai menggeletis di depan orang ramai yang berkunjung ke sana.

Sudahlah bermanja sakan seolah dunia ini ha­nya mereka yang punya, teguran dari teman Cik Pang pun dia buat ‘bodoh’ sahaja.

Malah Erin seolah sengaja melebih-lebihkan gelagat manja dan geletisnya sebaik terdengar suara teguran teman Cik Pang.

Beberapa pengunjung yang kebetulan berada di lokasi sama sekadar menggeleng kepala dan ada yang menutup mata anak-anak mereka yang turut memerhati dan terus berlalu dari situ.

Agaknya Erin terlalu teruja sebab tak lama lagi akan mendirikan rumah tangga. Lepas majlis, pastinya nak berbulan madu bukan, jadi inilah masa­nya mereka meninjau lokasi yang menarik.

Ia ruang untuk mendapatkan banyak pilihan dengan harga murah ke destinasi bulan madu terpilih. Mulalah rambang mata dan bermanja berlebihan dengan bakal suami, tak begitu?

Cuma janganlah terlalu terdesak sa­ngat sampai bermanja berlebihan-lebihan. Kita ni orang Melayu, ada budaya dan adab yang kena jaga.

Kalau Cik Pang ada di sana pun, Cik Pang akan tegur. Tapi kalau teguran elok dibuat bodoh, jangan ingat Cik Pang pun akan buat bodoh.

Silap-silap kena sembur sebab Cik Pang memang pantang jumpa orang tak jaga adab sopan ni! 
sumber: kezoom
0 Komentar untuk "Erin Malik Tunjuk Gedik Depan Peminat? "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info