Amanda Watson berkata, dia terkejut apabila terdengar berita seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas tercampak dari AirMaxx 360 pada petang Jumaat lalu.
Dia yang turut menaiki alat permainan itu bersama anak perempuannya pada Khamis berkata, seorang kakitangan yang ditugaskan untuk memeriksa tali pinggang keledar pengunjung kelihatan berada dalam keadaan marah.
"Kami orang terakhir yang diperiksa dan kakitangan tersebut melakukannya sambil mencarut.
"Saya melihat jam tangan dan ia baru pukul 11 pagi. Perbuatannya itu tidak masuk akal," kata Watson.
Beberapa minit permainan bermula, Watson berkata, pengendali menghentikan alat permainan itu dan menunjukkan beberapa tempat kosong kepada kakitangan tersebut.
"Kelihatan dia tidak mengetatkan klip di tempat duduk dengan baik," katanya.
Watson berkata, rakannya, Nicholas Milne, turut memberitahu tali pinggang keledarnya juga tidak dipasang dengan sempurna.
Jodie Strangio dalam laman sosial Facebooknya berkata, adik ipar dan anak saudaranya menaiki alat permainan itu pada Sabtu dan ia rosak sebanyak dua kali.
Jurucakap Agensi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Australia Selatan, SafeWork SA berkata, alat permainan itu yang beroperasi buat pertama kalinya untuk pertunjukan tersebut akan dihentikan sehingga siasatan mengenai insiden itu selesai.
Alat permainan sepanjang 15 meter dan 18 meter lebar itu, menyerupai labah-labah gergasi serta boleh menampung 24 pengunjung pada satu masa.
sumber: kezoom
0 Komentar untuk "Punca Budak Malaysia Maut Ketika Bermain AirMaxx 360"