Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Gadis Singapura Jatuh Tingkat 7 Akhirnya Meninggal Dunia


SEBELUM ini, kami pernah menyiarkan artikel ‘Gadis Cantik Masih Hidup Lepas Jatuh Flat Tingkat 7′ (klik tajuk) yang berlaku di Bukit Panjang, Singapura.

Malangnya, selepas 16 hari diletakan di wad penjagaan rapi, gadis yang dikenali sebagaiChen, 18, itu akhirnya meninggal dunia, semalam.

Memetik laporan The Real Singapore, dia mengalami kecederaan pada hampir semua organ dalamannya selepas jatuh dalam keadaan bogel.

Ia sekaligus menyebabkan tubuhnya membengkak dan koma.

Menurut bapanya, Chen pernah mengucapkan selamat tinggal kepadanya dua minggu sebelum kejadian.

Gadis itu pernah belajar di sebuah politeknik sebelum berpindah ke sebuah universitiswasta dengan alasan ‘terlalu tertekan’.
sumber: MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Gadis Singapura Jatuh Tingkat 7 Akhirnya Meninggal Dunia"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info