Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bertindak biadab apabila mengoyak notis saman diterima sebelum mencampakkan kertas itu ke arah anggota polis yang menahannya di Jalan Genting menghala Ulu Yam, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, suspek berusia 23 tahun didapati melakukan kesalahan mengubah suai kenderaan tanpa kelulusan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Superintendan Bon Jeen Ahrom berkata, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Kawasaki turut menghambur kata-kata kesat kepada anggota polis bertugas.
“Sejurus mengoyakkan kertas saman itu, lelaki terbabit terus memecut motosikalnya sebelum berpatah balik disebabkan tertinggal MyKad dan lesen.
“Ketika itulah suspek diberkas sebelum diarah menjalani ujian
air kencing. Hasil ujian mendapati suspek positif mengambil dadah ganja,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk siasatan lanjut.
“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an di kawasan sama selepas mendapati memandu kereta curi.
“Hasil semakan mendapati suspek adalah penjenayah dikehendaki. Kereta curi Proton Wira dipandu suspek turut dihantar ke IPD Hulu Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.Dalam operasi bersepadu itu, sebanyak 1,036 saman dikeluarkan di empat lokasi berasingan di Terminal Bas Genting, Jalan Gombak menuju susur Genting, Jalan Genting ke Genting Sempah dan Jalan Genting menuju ke Ulu Yam.
“Saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu, tamat tempoh cukai jalan dan mengubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
“Operasi turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Puspakom dan Pasukan Polis Bantuan,” katanya.
sumber;kezoom
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
6 anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap pengganas Sulu di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan. Men...
-
Wajah Sebenar Ayah Benjy Terbongkar | Si pelakon itu sangat bernasib malang kerana telah melahirkan seorang anak lelaki yang dianggap tida...
-
Status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu. SELEBRITI rap Hollywood, Waka Flocka Flame menyuarakan kehairanan ke atas kerajaan Am...
-
Status yang dimuat naik oleh Singapore Airlines. Satu status kemas kini yang dibuat oleh Singapore Airlines (SIA) di laman Facebook milik s...
-
Bapa Ini Tidak Pernah Mengakui Benjy Sebagai Anak Kandungnya...Kenali Beliau... Siapa Sebenarnya Bapa Pelakon Yang Enggan Mengaku Anak? Sa...
-
Tindakan seorang peminat dikenali Ainiazmi yang menegur secara langsung gambar seksi Lana yang dimuatnaik di Instagram telah mengundang rea...
-
Felixia Yeap memuat naik satu gambardi Instagram semasa photoshoot sebuah media. Lihat bagaimana lelaki ini komen dan menegur. Kemudian...
-
KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ...
-
Minggu lepas, tindakan seorang wanita Cina memakai baju tertulis ayat suci al-Quran giat dikongsikan di laman sosial. Perbuatan itu dianggap...
-
Seorang pengusaha restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap empat pertuduhan menipu seorang wanita membabitkan...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Kurang Ajar, Penunggang Motor Koyak Saman Baling Polis"