Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Harga Show Shiila Amzah Macam Harga Emas 916?

Nak percaya pun susah, tak percaya pun tak boleh juga. Tapi apa yang didengar baru-baru ini memang cukup memeranjatkan.

Betul ke harga untuk show Shila Amzah sudah naik mendadak macam harga emas 916?

Bukan apa, apabila ada komposer popular mengadu baru-baru ini, jadi kelu lidah. Katanya kalau nak panggil Shila buat persembahan kena sediakan wang enam angka okey.

Kalau tak ada RM100,000 jangan harap nak panggil Shila!

Bukan tak mahu percaya kata-kata komposer ini tapi nak tahu juga benarkah harga Shila sebegitu mahal?

Atau itu harga yang telah ditetapkan oleh orang tengah yang selalunya menjadi perantara antara artis dan sesebuah syarikat.

Rasanya tak masuk akal sebab tak berbaloi pihak pengurusan Shila mengenakan bayaran sehingga enam angka untuk tiga buah lagu. Lainlah kalau persembahan satu malam, berbaloi jugalah kalau nak bayar banyak macam itu.

Tapi dalam hal seperti ini jangan terus percaya sembarangan. Bukan apa, selalunya kebanyakan persembahan korporat membabitkan artis pasti akan melalui orang tengah.

Lagipun rasa macam kelakar pula apabila mendengar kisah kononnya pihak pengurusan Shila memberi alasan bayaran tersebut dikenakan sebab Shila sekarang yang sedang mengharumkan nama negara. Lagi pun ada banyak pengalaman menyanyi Shila sejak kecil.

Ini bukan kali pertama dengar aduan tentang bayaran yang diterima penyanyi yang kini popular di China itu. Tapi memang tak mahu percaya dengan semua dakwaan itu selagi tak ada bukti.

Mungkin cerita ini keluar sebab salah faham! Manalah tahu ada pihak yang sengaja mereka cerita untuk memburukkan Shila. Apatah lagi sewaktu Shila sedang menempa nama di luar negara.
sumber:http://perihalnegara.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Harga Show Shiila Amzah Macam Harga Emas 916?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info