Pemain antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres berkemungkinan beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada Liga Malaysia 2016.
Laman Facebook Johor Southern Tiger dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memaklumkan hasrat PBNJ mendapatkan khidmat pemain dunia itu.
“Baginda bertitah bahawa resolusinya untuk tahun 2015 adalah untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super dan menandatangani Torres untuk bermain dengan pasukan JDT pada musim 2016,” kata kenyataan itu.
JDT sebelum ini berjaya mendapatkan pemain bertaraf antarabangsa, Pablo Aimar sebagai pemain import bagi musim ini.
Bekas pemain kebangsaan Argentina itu bagaimanapun terpaksa dilepaskan berikutan masalah kecederaan berpanjangan dan digantikan dengan bekas pemain bawah 23 tahun Argentina, Jorge Ronaldo Pereyra Diaz.
sumber: – mynewshub.my
0 Komentar untuk "JDT Mahu Dapatkan Khidmat Fernando Torres"