Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Kisah Pilu dan Menyayat Hati Seorang Insan Seni Yang Bernama Ahmad Nifsu


Siapakah Ahmad Nisfu

Kalau menonton filem P Ramlee sudah pasti anda mengenali Ahmad Nisfu. Ahmad Nisfu sememangnya kawan baik dengan P.Ramlee.

Banyak filem arahan P.Ramlee akan melibatkan Ahmad Nisfu dan dia juga sering membawa watak agak besar.

Ahmad Nisfu juga digelar Pak Besar oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Awal Karier

Pelakon ini berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang. Beliau sering memegang watak kecil di awal karier bersama Shaw production. Sahw yang membawa Ahmad Nifsu ke dunia lakonan.

Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil.

Kehiduapan Sosial

Untuk pengetahuan Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Penutupan Syudio Jalan Ampas

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.

Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu.

Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo

Kehidupan Selepas Berhenti Berlakon
Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.
sumber:http://mehtengokdoom.blogspot.com/
0 Komentar untuk " Kisah Pilu dan Menyayat Hati Seorang Insan Seni Yang Bernama Ahmad Nifsu"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info