Seramai 239 orang tersebut merupakan ayah, ibu, abang, kakak, suami, isteri, kawan dan kepada seseorang dan hanya menyebut nama mereka sahaja boleh membawa memori yang indah kepada mereka.
Walau bagaimanapun, enam bulan sejak kehilangan MH370, hanya air mata yang berlinangan dan kekecewaan yang dirasai oleh keluarga penumpang yang ingin mempercayai bahawa orang kesayangan mereka akan pulang satu hari nanti.
“Beberapa hari lepas, saya berdoa kepada Tuhan sekiranya ayah saya masih hidup, berilah petunjuk kepada saya melalui mimpi, dan tiga hari berturut-turut, saya bermimpi tentang ayah saya.”
Inilah kata-kata sayu yang disuarakan Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari, yang memberi gambaran bahawa walaupun sudah setengah tahun ayahnya tidak pulang, harapan bahawa ayahnya akan kembali tidak pernah pudar.
Menurut Maira, mimpi itu meningkatkan lagi harapannya bahawa ayahnya akan kembali dan ia adalah satu petunjuk baginya.
“Mimpi pertama adalah satu `kolaj gambar’ di mana terdapat satu gambar hutan, satu gambar ayah saya sedang melihat saya dan satu gambar ayah saya sedang terbaring.
“Mimpi kedua adalah ayah saya pulang untuk meraikan satu parti barbeku di rumah makcik saya. Parti seperti ini memang satu kebiasaan dalam keluarga kami. Tetapi dalam mimpi ini, ayah saya mempunyai rambut panjang.
“Mimpi ketiga adalah sama seperti mimpi kedua, tetapi ayah saya nampak kurus kering dan tiada rambut,” jelas Maira.
Seperti Maira, ramai lagi keluarga mangsa tragedi MH370 masih mengharapkan kepulangan orang yang tersayang.
sumberr:kezoom
0 Komentar untuk "MH370 - Maira Elizabeth Mimpi Ayah Pulang"