Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Mawar Dikritik Pengikut Di Instagram Kerana Pakai Jersi Ketat


KAMI percaya, jika Mawar tidak bergelar isteri kepada pelakon Fizo Omar, pasti tidak timbul kontroversi mengenai jersi yang dipakainya.

Menerusi akaun Instagram Fizo Omar, ramai pengikut yang menegur cara pemakaian Mawar yang dianggap ketat dan tidak sesuai untuk wanita bertudung.

Bukan itu sahaja, logo pada jersi yang dipakai pasangan ini juga dijadikan isu kerana adanya lambang salib.

(Kredit gambar: Ohbulan!)

Kami tidak nafikan ada kebenaran di sebalik kata-kata para pengikut mereka.

Namun, realitinya terdapat begitu ramai wanita bertudung di luar sana yang mempunyai penampilan yang tidak jauh bezanya seperti Mawar.

Justeru, tegurlah dengan cara yang baik dan berhemah, bukannya dengan mengutuk dengan ayat yang kurang sopan.

Kepada Mawar pula, bersabarlah kerana inilah cabaran apabila bergelar ‘public figure’…
 sumber: MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Mawar Dikritik Pengikut Di Instagram Kerana Pakai Jersi Ketat"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info