Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Nas-T Akui Cemburu Lihat Rakan-Rakan Sudah Berkahwin


SEJAK putus cinta dengan pelakon Nabila Huda, jarang sekali pelakon Nas Muammar Zar Nasruddin atau Nas-T digosipkan dengan mana-mana gadis.

Dalam usia 31 tahun, dia mengakui dirinya sedikit cemburu apabila melihat rakan-rakan sudah berkahwin dan punya anak, memetik Sinar Harian.

Bagaimanapun, dia akur yang cinta bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa.

Pada masa yang sama, Nas-T berkata, pengalaman lalu banyak mengajarnya dalam memilih pasangan.

“Hubungan saya dengan hampir semua wanita yang diperkenalkan akhirnya hanya menjadi sebagai kawan biasa.

“Mungkin, saya lebih senang untuk mencari pasangan hidup saya secara sendiri,” ujarnya yang mengimpikan kekasih yang ‘gila-gila’ dan lasak sepertinya.

Sabarlah Nas-T sebab setiap orang sudah ditentukan jodoh masing-masing.

Bezanya, cepat atau lambat sahaja, tak gitu?
sumber: http://mynewshub.cc/
0 Komentar untuk "Nas-T Akui Cemburu Lihat Rakan-Rakan Sudah Berkahwin"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info