Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Merokok Buat Anda Nampak Lebih Tua


Gambar kiri adalah bukan merokok manakala gambar kanan adalah perokok yang telah 29 tahun merokok

Rasanya semua orang tahu akan kesan buruk dan negatif merokok kepada kesihatan.

Namun kajian yang dijalankan ke atas beberapa pasangan kembar ini telah membuktikan dan memberi gambaran lebih jelas tentang kesan merokok kepada penuaan wajah.

Pengkaji telah menggunakan 79 pasangan kembar seiras yang ditemui pada acara tahunan, Twins Days Festival di Twinsburg, Ohio (sebuah perhimpunan pasangan kembar terbesar di dunia.)

Mereka telah membandingkan wajah pasangan kembar dimana salah seorang daripada pasangan kembar tersebut telah merokok selama 29 tahun dan seorang lagi tidak pernah merokok.

Mereka mengenal pasti beberapa bahagian utama penuaan lebih cepat berlaku pada muka kembar yang merokok.

Kelopak mata bawah perokok nampak semakin ‘jatuh’ manakala bahagian bawah pula lebih mengendur , dan mereka mempunyai lebih banyak kedutan di sekeliling mulut. Perokok juga lebih cenderung mempunyai tulang rahang yang bersegi.

Gambar kiri bukan perokok, gambar kanan adalah perokok

Merokok menyebabkan oksigen kurang sampai ke kulit, yang juga memperlahankan peredaran darah, dan boleh menyebabkan kulit nampak lebih tua dan berkedut lebih cepat dan ketara.

Wajah yang sama, umur yang sama tapi boleh nampak berbeza hanya kerana merokok. Jadi, jelas bukan amalan ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada jantung dan paru-paru tetapi juga kepada kecantikaan dan penampilan anda.
Sumber: www.today.com
0 Komentar untuk "Merokok Buat Anda Nampak Lebih Tua"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info