Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pelanggan Singapura – ‘Tak Mahu Budaya Makanan Kotor China’


SUDAH menjadi kebiasaan untuk kebanyakan rakyat Singapura mengaitkan warga China dalam setiap aduan mereka di laman sosial.

Terbaru menerusi The Real Singapore, seorang pelanggan terkejut apabila menemui sekeping duit syiling bernilai satu dolar dalam mangkuk laksanya.

Dia kemudian memberitahu perkara itu kepada seorang pekerja yang dipercayai warga China.

Bagaimanapun, pekerja tersebut berkata, dia ‘bertuah’ kerana menemui duit dalam makanan.

“Pekerja itu sepatutnya bersikap lebih serius. Saya percaya perkara seperti ini sangat normal di China, tapi ini bukan China.

“Singapura perlu mempunyai tahap makanan yang lebih tinggi dari China dan saya tak mahu budaya makanan kotor mereka dibawa ke negara ini!”tegasnya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu menuntut kerugian, namun lebih mementingkan kebersihan.

“Berapa ramai orang sudah menyentuh duit syiling itu dan berapa banyak kuman yang terdapat padanya?” soalnya.

Namun, soalan kami pula, benarkah pekerja itu merupakan warga China?

Nanti tak pasal-pasal tersilap tuduh pula seperti kes berak di stesen MRT Singapura sebelum ini…
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Pelanggan Singapura – ‘Tak Mahu Budaya Makanan Kotor China’"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info