Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Semua Itu Hanya Poyo/Lakonan Semata

Sama je anggapan kami tentang isu ini. Awal-awal lagi dah dapat rasakan semua ni hanyalah satu lakonan/poyo semata-mata untuk meraih publisiti tambahan...ianya dikuatkan lagi bila membaca ruangan selebriti Harian Metro hari ini. Seterusnya dibawah...

Ia bermula dengan perang di Twitter di antara suami Ayu Rau­dhah, Zaquan Adha dan Iqram Dinzly hingga berjaya menarik perhatian ramai sepanjang minggu lalu.

Mula-mula Zaquan tulis: “Saya tak sanggup tengok isteri diperlakukan sebegitu.. Lepas ni, no more shooting!!!”

Ia disambut Iqram mengatakan: “Lu ingat berlakon dalam filem sama ke main bola sepak di padang. Bukannya wa rembat bini lu macam bola dowh!!! Gentle ah!”

Ada beberapa lagi kata-kata balas daripada Iqram. Malah Iqram dengan bangganya mengatakan baru selesai promosi di radio bersama pelakon dan pengarah, siap ada gambar Iqram bersama Ayu, Farid dan Sharad Sharan.

“Baru habis radio interview dgn pelakon lain dan direktor Lagenda Budak Setan 3 @ Hot FM. Semua ok tapi ada mamat ni xleh blah ah!!! Pasai pa.”

Pada mulanya agak panas juga isu ini dengan komen pengikut kedua pihak, hingga ada yang mempersoalkan tindakan Zaquan yang disifatkan tidak profesional.

Tapi lama-lama, mula rasa sangsi apakah sebenarnya ini realiti atau lakonan? Adakah ini satu perancangan bersama bertujuan menarik minat penonton ke panggung. Bahasa mudahnya, sekadar publisiti murahan untuk promosi filem.

Kali ini ‘lakonan’ mereka kurang berjaya apabila ramai yang cuak. Tidak susah sebenarnya mengesan ‘lakonan’ ini kerana amukan di
Twitter

turut ditulis judul filem. Baik Zaquan mahu pun Iqram, tidak lupa meletakkan judul filem itu dalam komen mereka.

Sebenarnya, macam-macam cara digunakan untuk meraih publsiti. Selain iklan di TV dan akhbar, cerita-cerita sensasi seperti ini juga antara pilihan dan ia tidak perlu dibayar.

Dari tidak pernah dengar, mereka sudah tahu kemudian mendorong mereka ke panggung me­nyaksikan filem ini apabila Ayu dikatakan menjadi mangsa Iqram dalam filem itu hingga trauma.

Tentu penonton tertanya-tanya babak manakah yang membuatkan Zaquan begitu marah hingga mahu isterinya berhenti berlakon.

Tidak sangka pula Zaquan yang hebat di padang, ikut rentak dunia artis dengan kesudiannya ‘berlakon’ sama. Akhirnya perang di twitter menjadi cerita lawak.

Sejauh mana kejayaan usaha mereka ini, kita tunggu saja sambutan terhadap sekuel ketiga filem yang diangkat dari novel popular ini.

Apabila timbul ‘perang’ untuk filem ini, teringat strategi sama dilakukan untuk filem Perawan Malam membabitkan Farid Kamil dan Nora Danish sebelum ini.

Ketika itu, si isteri yang meroyan apabila Diana Danielle meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Nora memuat naik gambar mesranya dengan Farid di laman sosial untuk promosi filem itu.

Pengikut Nora dan Diana pun apa lagi, menyambutnya dengan memberi komen masing-masing. Wartawan juga cuba mendapatkan komen Diana, Farid dan Nora. Tidak pasti apakah ini juga satu lakonan atau memang luahan rasa Diana ketika itu.

Itulah sebabnya untuk Lagenda Budak Setan, dipilih babak ganas untuk menarik perhatian penonton dan bukan babak romantis Farid dan Maya Karin kerana ia dianggap basi kerana pernah diangkat sebelum ini.

Tahniah buat mereka tetapi kasihan peminat kerana terjebak dengan lakonan ini apabila begitu bersemangat memberi komen.

Perkara ini bukan mustahil kerana masyarakat kita memang sukakan drama hinggakan program realiti juga banyak drama untuk menarik perhatian penonton. Kalau bintang pun dicipta, apa lagi publisiti kerana semuanya bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Sebagai pengamal media, ini semua menjadi ‘rezeki’ untuk dijadikan bahan dalam penulisan. 
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Semua Itu Hanya Poyo/Lakonan Semata"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info