Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Zara Zya Enggan Komen Hubungan Mesra Bersama Fahrin Ahmad

Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin Ahmad yang dilihat semakin mesra hanya gosip biasa.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan ketika ditanya lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tiada komen dan itu hanya gosip biasa sahaja," katanya.

Sebuah akhbar mingguan dalam ruangan gosipnya melaporkan kedua-dua pelakon itu kelihatan mesra kerana sering berbalas komen di laman sosial Instagram milik Zara.

Malah ada beberapa gambar yang dimuat naik oleh Zara turut dikomen oleh Fahrin dan peminat juga seakan-akan gembira melihat keakraban mereka berdua.

Dalam pada itu, usaha media untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai hubungan sebenar pasangan berkenaan bagaimanapun tidak dibalas pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu.
sumber:kezoom
0 Komentar untuk "Zara Zya Enggan Komen Hubungan Mesra Bersama Fahrin Ahmad"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info