Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

48 Orang Disahkan Maut Dalam Nahas Pesawat Iran


TEHRAN – Pesawat penumpang Iran terhempas ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Mehrabad, mengakibatkan 48 orang terbunuh.

Pesawat itu, Iran-140 yang selalunya digunakan untuk penerbangan dalam negeri, terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang berkenaan selepas enjinnya mati, laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Stesen televisyen kerajaan Iran berkata 48 orang terbunuh dalam kejadian itu: 40 penumpang dan lapan anggota kru. Pesawat terbabit yang dikendalikan oleh Sepahan Air, adalah dalam perjalanan ke Tabas, sebuah bandar di timur Iran.

Ia berlepas pada jam 9.20 pagi waktu tempatan (12.50 tengah hari waktu Malaysia) dan terhempas tidak lama kemudian.

Pesawat Iran-140 itu mempunyai dua enjin turboprop yang diperbuat berdasarkan teknologiUkraine dan dibina di Iran. Ia adalah mirip kepada pesawat Antonov An-140 dan boleh membawa sehingga 52 orang.

Mehrabad adalah salah sebuah lapangan terbang utama di Tehran, dan mengendalikan sebahagian besar penerbangan dalam negeri. Penerbangan antarabangsa pula menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini yang baru. – AP
sumberhttp://mynewshub.my
0 Komentar untuk " 48 Orang Disahkan Maut Dalam Nahas Pesawat Iran"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info