Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

VIDEO: Kereta Kena Balun Dengan Palang Di Tambak Johor


Setiap hari, laluan Tambak Johor – Singapura menerima kemasukan puluhan ribu kenderaan yang terpaksa beratur untuk melaluinya.

Agaknya bila dah banyak sangat kenderaan, palang yang menapis kemasukan kenderaan diKastam Malaysia ni pun dah naik ‘bingung’ dibuatnya sampai sensor tak berfungsi dengan baik.

Akibatnya sebuah kereta menggunakan nombor plat tempatan dirakam pengguna jalan rayalain dihentam palang ini berkali-kali.

Kasihan ada, nak tergelak pun ada bila melihat insiden ini.

Pemandu kenderaan ini pun dilihat begitu tega membiarkan keretanya dihentam tanpa ada inisiatif untuk keluar dan meminta pertolongan.
Apa pun pihak berkuasa Malaysia mahu pun Singapura kenalah tingkatkan lagi perkhidmatan untuk pengguna Causeway di laluan masuk dan keluar kedua-dua negara memandangkan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) dah pun naik mulai 1 Ogos lalu kan?
sumber - MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk " VIDEO: Kereta Kena Balun Dengan Palang Di Tambak Johor"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info