Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Bayi 6 bulan mati tersedak susu di rumah pengasuh

BUKIT MERTAJAM 21 Julai - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan mati dipercayai tersedak susu di rumah pengasuh di Taman Impian Murni, Alma dekat sini hari ini.

Cyndy Koay Xin Lin, ditemui mati kira-kira pukul 11.20 pagi ini dan mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam di sini untuk dibedah siasat.

Difahamkan bayi tersebut mempunyai seorang lagi kembar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa enggan ditemu bual kerana masih sedih dengan kejadian tersebut.

-Utusan
0 Komentar untuk "Bayi 6 bulan mati tersedak susu di rumah pengasuh"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info