Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Halang umat Islam sertai ratu cantik

Kuala Lumpur: Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menggesa pihak berwajib menggubal satu undang-undang khas bagi melarang umat Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Katanya, pembabitan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik adalah satu kesalahan besar dan sudah difatwakan haram, namun sehingga kini tiada tindakan tegas dikenakan ke atas penganjur program dan peserta. 

Perkara ini sudah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Justeru, perlu wujud satu undang-undang khas bagi umat Islam berkaitan isu ini dan diwartakan dalam enakmen negeri. 

“Penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik adalah haram dan wajib patuh. Peserta perlu ada kesedaran dalam diri dan terus membatalkan niat untuk melakukan perkara terbabit. Jalan terbaik adalah segera bertaubat,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas isu empat gadis Islam, antara 20 peserta yang dipilih ke final pertandingan Miss Malaysia World 2013, yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, pada 2 Ogos ini.

Pemilihan finalis untuk pertandingan ratu cantik itu dibuat dalam satu sesi temu bual tertutup yang berlangsung, di sini pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung, baru-baru ini.

Pembabitan bertentangan dengan fatwa 
Pembabitan keempat-empat gadis Islam itu bertentangan dengan fatwa mengikut Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, yang melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran pertandingan ratu cantik.

Noh juga tidak menyangkal kejadian itu ada kaitan dengan cubaan musuh Islam untuk merosakkan akidah umat Islam.

-Bharian
2 Komentar untuk "Halang umat Islam sertai ratu cantik"

byak lg xtvt lain yg lbih baik...
.

So artis islam yg seksi2 tu mstyla d ban ok..

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info