Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Fida-Zalif putus cinta akibat orang ketiga

   
      FIDA-ZALIF... Hubungan cinta mereka putus kerana orang ketiga. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 18 Julai - Akhirnya hubungan cinta Fida Ibrahim, 27, dengan pelakon Zalif Sidek putus kerana kehadiran orang ketiga.

Sebelum ini pasangan tersebut seperti bermain tarik tali setiap kali ditanya tentang kisah cinta mereka.
Namun, dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini, Fida secara terbuka mengaku yang dia sudah putus cinta dengan Zalif.

"Ya, kami hanya sempat rapat dalam tempoh tiga bulan sahaja dan sepanjang bersama, Zalif mengaku hanya saya sahaja kekasihnya.

"Bagaimanapun dalam tempoh tersebut terdapat seorang wanita yang sering menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya. Dia mengugut supaya saya jauhkan diri daripada Zalif. Selain itu, dia juga keluarkan kata-kata yang tidak sedap untuk dibaca," katanya.

Kata Fida, setiap kali menerima SMS daripada wanita tersebut, dia tidak pernah membalas dan lebih senang mengambil sikap berdiam diri.

"Apabila sering diganggu begitu, sudah tentu saya rasa tidak selesa. Daripada saya kecewa biar saya lepaskan sahaja hubungan itu.

"Lebih baik saya tumpukan perhatian pada kerjaya, terutama bidang nyanyian dan lakonan. Rasanya biar saya bercinta dengan kerjaya dulu, baru fikir soal lain," katanya terus terang.

-Utusan
0 Komentar untuk "Fida-Zalif putus cinta akibat orang ketiga"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info