Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Lelaki maut ditembak di lampu isyarat

KULIM 18 Julai - Kejadian tembakan terus menjadi-jadi. Terbaharu, seorang lelaki maut selepas ditembak jarak dekat oleh dua lelaki semasa memperlahankan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini hari ini.

K. Shanmugam, 45, ditemui mati berlumuran darah dalam kereta Toyota Wish miliknya, selepas kenderaan dipandunya itu terbabas dan melanggar kenderaan lain berhampiran persimpangan lampu isyarat itu.

Ketika kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Bidara dekat sini.

-Utusan
0 Komentar untuk "Lelaki maut ditembak di lampu isyarat"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info