Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Jom Lihat Tasik Paling Jernih Di Dunia


Blue Lake atau Tasik Biru hanyalah sebuah tasik kecil di Taman Negara Nelson Lakes, berhampiran dengan Alps di selatan New Zealand. Namun menurut kajian yang dilakukan oleh National Institute of Water and Atmospheric Research (NIWA), kejernihan tasik ini boleh dilihat dari jarak pandang sehingga 80 meter.

Kejernihan ini mengalahkan Te Waikoropupu Springs di Golden Bay, New Zealand yang hanya boleh dilihat dengan jarak 63 meter. Warna airnya tidak biru toska, tapi biru keungungan.

Warna biru keunguan ini merupakan warna yang hanya boleh dilihat di perairan yang benar-benar jernih. Sebenarnya, Blue Lake merupakan daerah pertemuan dua tasik gleyser. Kemungkinan inilah yang membuat tasik ini mempunyai air paling jernih.

Kejernihan ini disempurnakan dengan pemandangan memukau di sekelilingnya. Pergunungan dan pokok-pokok hijau mengelilingi tasik, membuatkannya kelihatan sempurna.

Saat mentari bersinar dengan cerahnya, tasik ini boleh memantulkan pemandangan sekitar, mahupun pemandangan langit dan awan yang indah. Berada di sini, membuat semua orang sedar betapa indahnya ciptaan Tuhan.














sumber:Dairishare
0 Komentar untuk "Jom Lihat Tasik Paling Jernih Di Dunia"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info