Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Tips mudah untuk kekal sihat & cergas

Kini boleh dikatakan ramai orang yang hidup dalam keadaan tertekan dengan kerja seharian dan ini secara tidak langsung menjejaskan rutin harian anda dan juga prestasi kerja anda.

Ini kerana kehidupan yang sihat bukan sahaja memudahkan proses kerja harian anda, malah ia membuatkan kehidupan anda lebih bererti kerana banyak masa yang boleh dinikmati bersama orang tersayang.

Oleh itu, penjagaan kesihatan amatlah penting dan kali ingin kami ingin berkongsi dengan pembaca mengenai tips mudah yang dipetik dari Wanita untuk kekal sihat dan cergas sepanjang masa.

Rehat yang cukup
Masa terluang jangan dibazirkan sia-sia. Lebih-lebih lagi sekiranya adna sering sibuk dengan urusan kerja. Gunakan sepenuhnya untuk merehatkan tubuh. Selain itu, pastikan anda cukup tidur iaitu di antara 6-7 jam sehari.

Kendalikan tekanan
Tekanan boleh mempengaruhi pola pemakanan yang buruk jika tidak ditangani. Sebaiknya, jauhi stress serta punca yang boleh menyebabkan tekanan.

Amalkan diet sihat
Amalkan diet sihat dan sempurna. Makan antara 5-6 kali sehari, tetapi dengan kualiti yang sedikit. Berhenti makan sebelum kenyang, dan kurangi makanan bergaram, gula dan makanan berlemak atau berminyak.

Minum susu setiap hari
Waktu pagi sebelum mula beraktiviti adalah waktu yang baik untuk minum susu bagi mendapatkan tenaga. Pilih susu yang rendah lemak dan tinggi kalsium. Susu juga mengandungi nutrient lengkap berbanding minuman yang lain.

Selamat mencuba!
0 Komentar untuk " Tips mudah untuk kekal sihat & cergas"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info