Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Bapa Bebas Tuduhan Bunuh Anak Kandung Sendiri


KUANTAN – Seorang pekerja ladang kelapa sawit dibebaskan daripada tuduhan membunuh anak kandungnya di sebuah rumah di Felda Sungai Panching Selatan, di sini dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh Mohd Aswadey Ismail, 31, tidak waras ketika melakukan jenayahberkenaan dan tidak mengetahui ia satu kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Mohd Aswadey dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menerima rawatan dan dibebaskan mengikut perkenan dan diberi pengampunan daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Mohd Aswadey didakwa membunuh anak kandungnya berusia 11 bulan di antara 9.30 malam hingga 10.30 malam di rumah bernombor 146, Felda Sungai Panching Selatan, di sini, pada 16 Nov 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan PendakwaRaya Khalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Syed Abu Bakar. – BERNAMA
sumber: http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Bapa Bebas Tuduhan Bunuh Anak Kandung Sendiri"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info