Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Rita Rudaini Geram Aidil Tak Bagi Belanja Raya Anak-Anak


RASANYA, kalau anda berada di tempat Rita Rudaini, pasti anda juga akan berasa marah dan kecewa jika bekas suami tidak memberikan sebarang perbelanjaan kepada anak-anak sempena sambutan hari raya.

Menerusi sebuah akhbar tempatan, pelakon cantik itu berkata, Aidil Zafuan hanya menghantar SMS untuk bertanya khabar, itupun selepas sekian lama.

Dek kerana itu, dia enggan membalas SMS bekas suaminya itu.

Ujar Rita lagi, dia berasa cukup kasihan dan kerap menangis apabila mengenangkan nasib anak-anak.

Aduhai, tak dapat kami bayangkan bagaimana hubungan Aidil dengan anak-anaknya itu jika mereka sudah meningkat remaja nanti.

Jangan sampai mereka tak mahu mengaku Aidil sebagai bapa sudahlah ya…
sumber:http://mynewshub.my

0 Komentar untuk "Rita Rudaini Geram Aidil Tak Bagi Belanja Raya Anak-Anak"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info