Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Blog Hiburan Mohon Maaf Sebarkan Gambar Amy AF Berkumis


Adakah anda masih ingat dengan Amylia salah seorang peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketiga dulu?

Jika ya, pasti anda tak percaya dengan perubahan besar yang terjadi kepada gadis kelahiran Sarawak itu yang kini dipercayai menampilkan imej seorang lelaki.

Gambar terbaharunya itu dikongsikan sebuah blog hiburan yang mana Amy kelihatan segak berbaju Melayu dan bersongkok sekali gus menimbulkan persoalan di kalangan peminatnya sama ada Amy sudah betul-betul berubah 360 darjah.

Menerusi foto yang tersebar itu, kelihatan Amy lebih maskulin apabila berkumis nipis, berlainan dengan imejnya ketika menjadi pelajar di AF pada 2005.

Namun, tak berapa lama menyiarkan gambar Amy, blog hiburan tersebut, hotlips corner telah menyatakan permohonan maafnya kepada Amy dan rakan-rakannya serta menyarankan pihak yang menggunakan gambar dari blog tersebut agar menurunkan foto-foto tersebut.
Untuk makluman anda, Amy menyertai AF3 bersama-sama Mawi, Felix, Reza, Marsha dan Amylea.
sumber – MYNEWSHUB.MY

0 Komentar untuk "Blog Hiburan Mohon Maaf Sebarkan Gambar Amy AF Berkumis"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info