Selepas McDonald’s, kini pasar raya Tesco menjadi antara jenama yang giat diboikot oleh penentang kezaliman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.
Berdasarkan nota yang beredar di laman-laman sosial, alasan tindakan ini adalah kerana pengasas Tesco iaitu Jack Cohen merupakan penyokong kuat rejim Zionis hinggalah kematiannya pada 1979.
Sokongan terhadap Zionis ini didakwa turut disambung oleh pewaris Tesco iaitu Dame Shirley Porter. Antara sumbangan terbesarnya adalah penubuhan sekolah “The Porter School of Environmental Studies (PSES)” di Universiti Tel Aviv, Israel.
Begitu pun, kiriman nota kononnya Tesco diambil sempena nama isteri Jack Cohen iaitu Tessa Cohen dipercayai tidak benar. (Sumber)
Susulan tindakan boikot ini, pihak Tesco Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataanmedia. Antara penafian dibuat adalah Tesco Malaysia tidak menyalurkan hasil jualan atau keuntungan kepada Israel.
Bagaimanapun selain kenyataan media bagi menjernihkan keadaan ini tersebar pula satuprint screen emel dipercayai antara seorang pengguna yang prihatin tentang isu di Palestin dengan ibu pejabat Tesco di England.
Balasan emel daripada wakil perkhidmatan pelanggan Tesco bernama Sarah Thorne ini jelas membayangkan bahawa tiada sebarang cadangan di pihak Tesco untuk menghentikan kerjasama mereka dengan Israel meskipun ini mungkin jawapan yang kurang disenangi oleh umat Islam ekoran kekejaman Zionis di Gaza pada hari ini.
Apa pun, tepuk dada tanya selera.
Tak dapat dinafikan Tesco Malaysia tidak salah dalam hal ini (sebagai mana McDonald’s tempatan) namun jika anda rasakan berbaloi untuk memboikot salah satu sumber yang menyalurkan walau sedikit wang ke dalam kocek seorang penyokong Zionis, pilihan di tangan anda.
sumber:- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Tesco ‘Kantoi’ Emel Mengaku Kerjasama Erat Dengan Israel?"