Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Felda Mata Air Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda


JASIN – Felda Mata Air, Perlis dinobat sebagai juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) dan membawa pulang RM1 juta sempena sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Stadium Jasin di sini, hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan disaksikan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Pengurus Rancangan Felda Mata Air Mohamed Maarof Sanusi berkata anugerah tersebut amat bermakna kepada 249 keluarga peneroka felda itu dan merupakan penghargaan tertinggi Felda kepada usaha peneroka.

“Kami telah menunggu saat ini selama tujuh tahun dan akhirnya anugerah AKKF ini berjaya diperoleh hasil tungkus lumus warga peneroka Felda Mata Air untuk menceriakan kawasan kampung.

“Kita juga telah membelanjakan kira-kira RM2.7 juta dalam tempoh tujuh tahun sepanjang penyertaan dalam AKKF,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohamed Maarof berkata pihaknya menjadikan ‘Desa Harum Manis’ sebagai tema penyertaan mereka dalam AKKF tahun ini dengan meletakkan replika mempelam harum manis di beberapa lokasi di felda tersebut sebagai daya tarikan atau ikon felda berkenaan.

Katanya Mata Air mempunyai 8.1 hektar ladang tanaman harum manis yang diusahakan 22 peneroka dengan setiap keluarga memperoleh pendapatan RM90,000 setahun.

Mengulas lanjut, Mohamed Maarof berkata wang yang diperoleh hasil kemenangan itu akan dibahagikan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga peneroka Mata Air.

Berikut merupakan senarai pemenang anugerah sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2014:

Anugerah Khas AKKF 2014
Kategori Rumah Peneroka – Felda Sening
Kategori Kualiti Komuniti – Felda Sening
Kategori Edible Garden – Felda Sahabat 4 & 5
Kategori Pejabat dan Rumah Kakitangan – Felda Mata Air
Kategori Ceria Idea – Felda Kemahang 2
Kategori Landskap Rancangan – Felda Lok Heng Selatan
Kategori Ceria Budaya – Felda Kemahang 2
Kategori Transformasi – Felda Ulu Penggeli
Kategori Ceria Harapan – Felda Ulu Penggeli

Anugerah Usahawan Felda 2013 (Kategori Anugerah Utama)
Mohd Suarjohani Suraidi dari Felda Tenggaroh 2, Wilayah Johor Baharu

Anugerah Tokoh Imam Felda 2014
1. Musa Pandak Mat Arip (Felda Lasah, Wilayah Trolak)
2. Masron@Maslan Jaafar (Felda Bukit Aping Timur, Wilayah Johor Baharu)
3. Abu Bakar Osman (Felda Jelai 3, Wilayah Raja Alias)

Anugerah Masjid Contoh Felda 2014
1. Masjid Kariah Al-Muqarabin, Felda Serting Hilir
2. Masjid Jamek Al-Falah, Felda Ulu Tebrau
3. Masjid Sultan Ahmad Shah, Felda Bukit Goh

Anugerah Khas Juri (Ceria Lestari)
Felda Mata Air

Penerima Pingat Khidmat Bakti
1. Abd Rasid Embong (Felda Belara, Wilayah Terengganu)
2. Aziz Awang (Felda Lakum, Wilayah Mempaga)
3. Ludin Gondoh (Felda Sahabat 2, Wilayah Sahabat)
4. Azizan Ishak (Felda Teloi Timur, Wilayah Alor Setar)
5. Mohd Romeli Shapiai (Felda Jengka 19, Wilayah Jengka)
6. Saaidah Rashid (Felda Raja Alias 4, Wilayah Raja Alias)
7. Suginah Mustar (Felda Bukit Kepayang, Wilayah Mempaga)
8. Raujiah Salleh (Felda Kota Gelanggi 2, Wilayah Jengka)
9. Siti Habsah Sirat (Felda Soeharto, Wilayah Trolak)
10. Siti Azizah Mahmood (Felda Bukit Goh, Wilayah Kuantan) – BERNAMA
sumber:http://mynewshub.my
0 Komentar untuk "Felda Mata Air Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info