Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Nabila Huda Minta Restu Ayah Untuk Berkahwin??


Dengar cerita, pelakon terkenal Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil dikatakan sedang merancang untuk berkahwin dengan seorang jejaka dan juga pengurus sebuah restoran di ibu negara.

Wahhh, kalau berita ini benar Alhamdulilah, apa yang difahamkan Murai Batu segala perbincangan dan mohon restu telah pun dibincangkan bersama ayahnya tersayang iaitu Amy Search di Johor Bahru.

Kalau pembaca Murai Batu ingat di awal-awal Bulan Syawal tempoh hari, Abil telah berbaik semula dengan ayahnya di kampung dan pada masa itulah perbincangan dan keinginan Abil dibincangkan termasuk dengan keluarga terdekat.

Bak kata pepapatah air dicincang tak akan putus, kasih seorang anak kepada ayah memang tidak berbelah bagi. Tapi tak tahulah Murai Batu dengar-dengar saja cerita Abil untuk berkahwin. Apa-apa pun kena tanya empunya badan kann???

Nabila Huda sebelum ini pernah berkahwin pada bulan Disember 2008 dengan bekas suaminya , Zaidi Zailani. Hasil perkahwinannya itu Abil telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila.

Bagi Murai Batu, kalau itu jodoh Abil, Murai Batu turut gembira dan mendoakan kehidupan lebih bahagia dan aman sentosa.
sumber:http://www.murai.com.my
0 Komentar untuk "Nabila Huda Minta Restu Ayah Untuk Berkahwin??"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info