Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

TERBANG, A Malaysian Story #flyinghigh

Disaat negara masih diselubungi kesedihan dan kedukaan dengan dua detik hitam yang melanda pesawat, krew, penumpang MH370 dan MH17, pihak Malaysian Airline System tampil menyajikan kita dengan sebuah iklan pendek yang sangat mengharukan.

TERBANG, A Malaysian Story #flyinghigh merupakan buah tangan terbaru MAS yang dihasilkan oleh dua pengarah iaitu Linus Chung dan Mohd Hisham Saleh mengisarkan kisah 3 beranak yang melibatkan seorang datuk, anak dan cucu.

Filem pendek ini yang sedikit sebanyak mengaitkan kemerdekaan dan juga entiti MAS sendiri sebagai sebuah syarikat nasional.

Syabas dan tahniah diucapkan, apapun yang terjadi kami percaya MAS akan tetap berada dihati rakyat Malaysia yang pastinya mahu melihat MAS masih gagah dan terbang tinggi membelah awan disebalik tragedi hitam yang melanda.

"Learn from the past and never take freedom for granted, as we strive to reach for the skies. Follow Ahmad’s journey as he aims to fly high - “Terus cekal dan terbang tinggi di langit”."


sumber:kezoom
0 Komentar untuk "TERBANG, A Malaysian Story #flyinghigh"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info