Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Hotel Legoland Dah Minta Maaf Secara Peribadi Kepada Nora


Insiden terperangkap selama sejam dalam lif di sebuah hotel di Johor Bahru yang dialami kakak selebriti popular, Nora Danish menjadi viral di media-media sosial selepas aktres itu meluahkan perasaan ‘benggangnya’ terhadap pihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengendalikan masalah-masalah teknikal seperti itu.

Menerusi sumber Astro Awani, pihak hotel terbabit iaitu Hotel Legoland Malaysia Resorttelah memaklumkan pihak mereka telah memohon maaf kepada Nora dan keluarganya di atas insiden tersebut.

Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja, kejadian tersebut berlaku disebabkan masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit, yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu.

Hotel itu kini sedang bekerjasama dengan syarikat pengeluar lif, Antah Schindler Sdn Bhd untuk mengenal pasti masalah teknikal di situ.

Sebelum ini, Nora yang kini mempunyai lebih sejuta pengikut di laman
Instagram telah memuat naik status kemarahannya dengan staf hotel yang lambat memberikan respons ketika kakaknya, Nadya, rakan baiknya, Zareema Zainal dan seorang pengawal peribadi mereka terperangkap selama sejam.

Tiada sebarang respons segera yang diberikan pihak yang bertanggungjawab selepas Nadya menekan butang kecemasan membuat aktres itu mengamuk sampai mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ bagi menerangkan perlakuan staf tersebut. 

sumber– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Hotel Legoland Dah Minta Maaf Secara Peribadi Kepada Nora"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info