Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Tiada Program Hiburan Di Radio, Televisyen Jumaat Ini


Kerajaan mengarahkan semua rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen pada 22 Ogos ini ditangguhkan dan diganti dengan bacaan al-Quran dan program berunsur keagamaan berikutan ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MalaysiaAirlines (MAS) MH17 di Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media memberitahu, arahan itu juga sejajar dengan pengisytiharan kerajaan baru-baru ini bahawa hari tersebut merupakan Hari Perkabungan Negara.

“Hari Perkabungan Negara ini bertujuan menzahirkan rasa duka cita seluruh rakyat Malaysiake atas mangsa tragedi tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kerajaan turut mengarahkan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada 22 Ogos 2014 dan semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.

Kata kenyataan itu, pakaian yang wajar dipakai orang ramai pada hari tersebut pula adalah warna yang suram, bukan warna terang atau garang.

Manakala, mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung dalam majlis penghormatan digalakkan memakai songkok, manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam;

“Peraturan hari berkubang ini perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan, agensi, dadan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang awam,” kata kenyataan itu. 
sumber– mynewshub.my
0 Komentar untuk "Tiada Program Hiburan Di Radio, Televisyen Jumaat Ini"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info