Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Pakai Tudung Tapi Tunjuk Jari Tengah.. Tak Sesuai!


Kadang-kadang kes kecil saja tapi disebabkan tak mampu mengawal perasaan manusia boleh menjadi kurang sopan.

Inilah dilakukan pekerja arked permainan video di sebuah pusat beli belah terkemuka yang menunjukkan jari tengah pada pelanggan kerana tidak puas hati.

Menurut cerita yang disebarkan pelanggan terbabit menerusi laman sosial, kejadian bermula bila seorang rakannya meminta token ganti yang digunakan pada salah satu mesin yang rosak namun pekerja di situ memintanya supaya membeli token baru.

Rakannya menolak untuk membeli token baru kerana itu bukan salahnya. Pekerja di situ kemudiannya membenarkan rakannya bermain satu permainan secara percuma dan inidipersetujui oleh mereka.

Namun tidak lama kemudian dua pekerja dalam gambar ini dikatakan mula mengekori mereka dan mengeluarkan kata-kata mengejek.


Berasa panas hati dengan keadaan ini pelanggan terbabit mengambil gambar untuk dibuat aduan kepada pihak pengurusan dan salah satu hasil rakaman gambarnya adalah jari tengah seorang pekerja terbabit.

Aduh, kami pun tak faham kenapalah dua pekerja bertudung ini mahu emo lebih-lebih dan melakukan provokasi terhadap pelanggan sedangkan kedai permainan video itu bukan mereka punya pun. Bagi sajalah token baru pada pelanggan kalau dah terbukti memang kesilapan di pihak majikannya bukan?

Paling bodoh bila membuat isyarat lucah begitu, tak fasal-fasal merendahkan martabat perempuan bertudung yang sepatutnya pandai menjaga adab.
sumber– MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk " Pakai Tudung Tapi Tunjuk Jari Tengah.. Tak Sesuai!"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info