Seorang pencuri bertindak biadab apabila bukan sahaja melarikan barang berharga di rumah mangsanya tetapi dipercayai turut kencing pada senaskhah al-Quran di dalam rumah mangsa dalam kejadian di Kampung Renek, dekat Jabi, kelmarin.
Menurut mangsa, Che Ahmad Che Will, 52, dia menyedari rumahnya dipecah masuk apabila pulang dari Kuala Lumpur bersama isteri dan seorang anaknya kira-kira jam 7 petang kelmarin.
Tambahnya lagi, dia sekeluarga meninggalkan rumah pada Jumaat lalu dan terkejut sebaik tiba petang kelmarin apabila mendapati keadaan dalam rumah berselerak dan pintu bilik bahagian dapur terbuka luas.
“Setelah pemeriksaan dibuat saya dapati seunit televisyen bersaiz 31 inci dan satu tabung duit milik anak saya yang mengandungi wang kira-kira RM100 telah hilang.
“Saya syak pencuri pecah masuk ke dalam rumah ketika tiada di rumah dan saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih mengenai kehilangan dua barang tersebut,” katanya.
Che Ahmad berkata lagi, selepas pulang membuat laporan polis, dia sekeluarga terhidu bau hancing air kencing yang semakin kuat baunya pada sebelah malam.
Menurutnya, selepas diperiksa arah dan tempat bau hancing tersebut, dia dapati bau itu datang dari satu rak menempatkan buku termasuk senaskhah al-Quran yang terdapat di dalam bilik anak perempuannya.
“Kami percaya salah seorang daripada suspek telah membuang air kecil di rak buku tersebut menyebabkan ia terkena pada al-Quran berdasarkan terdapat kesan air kencing di situ.
“Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada suspek sengaja kencing pada al-Quran itu atau sebalik,” katanya.
sumber:kezoom
Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini
Popular Posts
-
Gadis Vietnam berusia 24 tahun Ta Thu Trang dari Ha Noi, Vietnam Utara, menjadi bintang internet selepas satu siri gambar beliau sebelum dan...
-
MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya. Insiden berkenaa...
-
DUA hari lalu, kami telah berkongsi artikel mengenai laporan berita Singapura yang dilihat menyebelahi Israel dalam pergolakan antara negara...
-
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan be...
-
Ibu tua: Hello.. Ni samad ke? Samad: Ya mak, ni samad. Kenapa call samad? Samad tengah kerja ni. Ibu tua: Mak saja telefon. Samad: Oh.. I...
-
Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee kini berada di wad di Hospital Damansara kerana masalah kesihatan. Azlee atau nama sebenar...
-
Neelofa yang cukup terkenal dengan pakaian tidak berapa cukup kain, suka pakai baju ketat, tersembul sana tersembul sini, meneruskan rutinny...
-
Gambar Hiasan INI satu lagi cerita kelakar. Memang minggu ini Diva dapat semua stok cerita kelakar, kalau bagi cerita panas, dahaga pu...
-
These new cars were left parked outside the car store KIA in Netherlands. When they were seen again they were not entirely in one piece. The...
-
Shila Amzah nampaknya sempat mengambil cuti dan pulang ke Malaysia sempena Aidil Fitri 1435H yang lalu walaupun jadual beliau dilihat agak p...
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Pencuri Biadap, Kencing Atas Al Quran"