Berita Terkini

Himpunan Cerita-Cerita Menarik Terkini

Penghormatan Kepada Mangsa MH17 Sebelum Perlawanan Liga


SATU sesi penghormatan telah diadakan semalam sebelum perlawanan Liga PerdanaBarclays (BPL) musim baru antara Manchester City dan Newcastle United untuk dua orang peminat Newcastle yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Dua peminat berkenaan Liam Sweeney, 28 dan John Alder, 63, sedang dalam penerbangan ke New Zealand untuk menyaksikan perlawanan pra-musim antara Newcastle ketika pesawat MH17 itu ditembak jatuh.

Pesawat MH17 jenis Boeing 777-200 terhempas di timur Ukraine di bahagian Grobovo lokasi yang dikuasai kumpulan pemberontak pemisah pro-Russia.

Sebelum sepak mula semalam, kapten kedua-dua pasukan meletakkan bunga di tengah-tengah bulatan di padang dan semua penonton bertafakur selama seminit di Stadium StJames Park.

Penghormatan itu turut disertai oleh bapa mendiang Liam, Barry.

“Sebagai seorang kanak-kanak, saya masih berasa muda walaupun berusia 52 tahun, saya memang teruja untuk berlari di atas padang dengan memakai jersi hitam dan putih di hadapan 52,000 orang.

“Saya kini telah melakukannya berbeza, saya ingin membuatkan anak saya bangga bahawa saya akan bertepuk tangan kepada semua orang di sini satu hari nanti.

“Biarpun ia bukan satu mimpi indah jadi kenyataan, kematian Liam adalah satu mimpi ngeri, tetapi ia adalah satu saat membanggakan untuk dikenali sebagai bapanya,” katanya memetik laporan laman web Sky News.

Menurut pihak pengurusan The Magpies, satu taman peringatan akan diwujudkan bagi penghargaan kepada dua peminat itu.

Pengurus Newcastle, Alan Pardew turut mendedikasikan musim baru BPL ini kepada dua peminat setia berkenaan.

Pengarah Urusan kelab, Lee Charnley berkata ingatan dan doa mereka sejak tragedi pada 17 Julai itu hanyalah untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa dalam apa juga cara yang boleh.

“Ia adalah satu perkara penting untuk tidak hanya mengingati Liam dan John sebelum perlawanan bermula, tetapi ia akan diingati pada setiap tahun mendatang,” katanya.

Keluarga Liam telah mengesahkan awal minggu ini, jasad Liam akan dibawa pulang dari Amsterdam, Belanda. Upcara pengebumian Liam akan diadakan pada Khamis depan.

Bagaimanapun, keluarga John Alder masih lagi menunggu keputusan pihak berkuasa di Belanda berkenaan bila jasadnya akan dibawa pulang ke tanahair.
sumber – MYNEWSHUB.MY,
0 Komentar untuk "Penghormatan Kepada Mangsa MH17 Sebelum Perlawanan Liga"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info