Tahukah anda mengenai teknik mengajar bayi anda berenang atau dikenali sebagai Infant Swimming Resources (IFR) yang boleh diajar kepada bayi sejak mereka berusia enam bulan.
Di Amerika Syarikat dan negara barat lain, teknik IFR sudah pun berkembang luas dan para ibu bapa menghantar anak mereka yang masih kecil untuk diajar berenang dengan cara IFR.
Teknik IFR mengajar bayi untuk segera mengapungkan diri dalam keadaan terlentang di dalam air jika terjatuh ke dalam kolam ataupun sungai.
Bayi kemudiannya boleh terus mengapungkan diri untuk selama kira-kira sejam setengah ke tiga jam dalam keadaan begitu dan menunggu bantuan tiba dan ada yang mampu berenang sendiri ke tepi kolam dan keluar dengan selamat.
Biasanya bayi akan mula memanggil ibu mereka pada kedudukan terlentang untuk meminta bantuan.
Teknik IFR sebenarnya memang banyak akan membantu anak-anak anda jika terjatuh ke dalam kawasan air.
Di laman Facebook , telah dikongsikan bannyak video berkaitan teknik IFR ini dan video ini juga menarik perhatian ramai bagaimana bayi ini boleh timbul sendiri apabila terjatuh di dalam kolam.
sumber – MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "VIDEO : Bayi Selamatkan Diri Sendiri Dari Lemas Guna IFR"